Lelaki ditahan miliki syabu

7 Dec 2025 • 11:00 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun dan merampas syabu bernilai RM567.60 dalam Op Tapis yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata suspek ditahan kira-kira jam 1.45 petang di kawasan Kampung Puyut.

Menurutnya semasa operasi dijalankan pasukan polis mengesan seorang lelaki yang berkelakuan mencurigakan.

“Sejurus dihampiri suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan menemui sebuah bekas kecil berwarna biru yang mengandungi tiga plastik lut sinar berisi syabu.

“Dadah itu dianggarkan seberat 5.16 gram,” katanya.

Dzulbaharin berkata suspek turut didapati positif mengambil Methamphetamine dan Amphetamine hasil ujian saringan air kencing.

Beliau memaklumkan semakan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau menambah kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.