
Kota Kinabalu: Polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun di Papar pada Selasa kerana didakwa memuat naik video TikTok menghasut orang ramai menyerbu pejabat kerajaan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata suspek ditahan pada jam 2.45 petang dan direman sehingga 11 September.
“Video itu menggesa orang ramai berkumpul dan menyerbu Jabatan Ketua Menteri serta premis lain. Polis memandang serius perkara ini,” katanya.
Menurutnya, lelaki yang bekerja itu akan disoal siasat lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar.
Jauteh turut mengingatkan bahawa polis tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk provokasi atau penyalahgunaan media sosial yang mengganggu ketenteraman awam.

