Lelaki Ditahan Polis Selepas Disyaki Curi Gitar Busker Bernilai RM8,000

LocalPolitics
12 Nov 2025 • 4:47 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Jika dahulu busker atau penyanyi jalanan sering dilihat menyanyikan lagu di kawasan yang menjadi tumpuan ramai seperti kota raya.

Namun kini penyanyi-penyanyi busker dilihat berada dipelbagai kawasan seperti kedai makan, pusat membeli-belah dan banyak lagi.

Bahkan persembahan mereka turut mendapat perhatian kerana bukan sekadar menghiburkan tetapi turut mendendangkan lagu mengikut permintaan orang ramai.

Ada yang menjadikan kerjaya sebagai busker sebagai satu pekerjaan yang tetap dan dalam memberikan persembahan yang terbaik tentunya mereka turut mempunyai alat muzik yang tidak murah harganya.

Polis tahan lelaki disyaki terbabit kes curi gitar milik busker bernilai RM8,000

Terbaharu seorang lelaki tempatan telah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes kecurian gitar jenis Gibson Les Paul Studio milik seorang busker di pusat membeli-belah IOI Mall, pada 9 November lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Faris Ahmad polis menerima laporan dari seorang wanita yang berusia 31 tahun memaklumkan gitar miliknya bernilai RM8,000 itu hilang dari troli (wagon) simpanan usai melakukan persembahan kira-kira jam 5.45 petang.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Serdang telah menahan seorang lelaki berusia 27 tahun di sebuah tapak karnival jualan di Bandar Seri Permaisuri kira-kira pukul 11 malam, semalam (11 November).

“Pemeriksaan lanjut turut membawa kepada rampasan semula barangan kes bagi membantu siasatan,” ujarnya, lapor Kosmo.

Suspek ada 11 rekod lampau

Ujarnya lagi, hasil semakan yang dilakukan turut mendapati lelaki berkenaan memiliki 11 rekod jenaya dan narkotik lampau.

Suspek kini direman sehingga 14 November ini untuk membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.”