Lelaki Ditahan Selepas Mengaku Bunuh Ibu, Simpan Mayat Dalam Peti Ais Selama 3 Tahun

LocalPolitics
12 Nov 2024 • 3:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
mayat

Seorang lelaki berusia 50-an ditahan selepas dipercayai membunuh ibu sendiri dan menyimpan mayat wanita malang itu dalam peti sejuk beku selama tiga tahun.

Kejadian yang berlaku di Taman OUG, Kuala Lumpur ini terbongkar bila lelaki itu sendiri buat panggilan kecemasan.

Call polis sebab tak sihat, bongkar rahsia sendiri

Suspek yang tinggal di Jalan Hujan Abu 6 dikatakan menghubungi talian kecemasan pada pukul 9 pagi untuk beritahu yang dia tak sihat.

Pasukan yang tiba di lokasi kemudian dimaklumkan mengenai mayat ibunya yang disimpan dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu..

Mangsa dipercayai dipukul sebelum dibalut dengan tuala dan plastik lalu diletakkan dalam peti ais itu.

Suspek mendakwa membunuh wanita berusia 80-an itu di kediamannya pada Mac 2021. Tindakan itu disebabkan suspek yang tertekan kerana wang simpanan habis dan menghadapi masalah kesihatan kronik.

Polis jumpa mayat ibu dalam peti sejuk

image is not available

Selepas suspek membuat pengakuan, polis terus bergegas ke lokasi kejadian dan menahannya untuk siasatan lanjut.

Mayat ibu lelaki itu pula dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, mengesahkan kejadian ini dan menambah yang kes ini masih dalam siasatan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro