Lelaki ditahan serang aktivis isu lambakan peniaga warga asing

LocalPolitics
18 Nov 2025 • 9:27 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Polis menahan seorang lelaki berusia 38 tahun yang didakwa menyerang sekumpulan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Bandar Utara, Selayang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata suspek ditahan pada pukul 11.50 pagi hari ini susulan laporan insiden yang berlaku pada pukul 6.44 petang semalam. Lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah lampau dan tiga rekod berkaitan dadah.

“Pihak polis akan membuat permohonan reman esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 323, 506 dan 509 Kanun Keseksaan,” kata Ahmad Sukarno.

Video insiden tular di media sosial menunjukkan suspek bukan sahaja menggunakan kata-kata kesat, malah bertindak agresif terhadap anggota NGO yang dipercayai memberikan penerangan mengenai larangan warga asing menjalankan perniagaan di kawasan itu.

Sumber: BERNAMA