Lelaki ditahan sorok mercun, cuba langgar anggota polis

LocalPolitics
20 Sep 2024 • 4:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA TINGGI - Polis menahan seorang lelaki dan merampas lapan kotak mengandungi pelbagai jenis mercun, disembunyikan dalam sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi di Taman Sri Saujana di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, dalam serbuan pukul 1 tengah hari itu, lelaki berusia 24 tersebut cuba melanggar anggota polis sebelum berjaya ditangkap.

"Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM42,000.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian untuk tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di talian 07-883 7222. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved