Lelaki ditemui mati di jejantas

5 Jan 2026 • 4:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat seorang lelaki ditemukan tergantung di jejantas bersebelahan sebuah sekolah di Taman Damansara Alif pada Isnin. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – [DIKEMAS KINI] Mayat seorang lelaki berusia 43 tahun ditemukan tergantung di jejantas bersebelahan sebuah sekolah di Taman Damansara Alif di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mayat lelaki yang dipercayai warga tempatan itu ditemukan pada kira-kira jam 8.54 pagi.

“Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebelum itu, tular di media sosial berhubung penemuan mayat berkenaan di lokasi kejadian.

Perkara itu kemudiannya dilaporkan kepada polis untuk siasatan lanjut dan tindakan menurunkan mayat telah dijalankan.

Sementara itu, Raub memaklumkan bahawa polis masih meneruskan siasatan berhubung kes tersebut.