Lelaki ditemukan lemas di empangan Bakun

23 Jun 2022 • 9:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SIBU - Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam sungai di Ulu Naha, tasik Empangan Elektrik Hidro Bakun, Belaga pada Selasa lepas, ditemukan lemas jam 9.40 malam Rabu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mangsa Heli Nyalong, 36, dikenal pasti oleh penduduk kampung, berasal dari Blok P, Uma Bakah, Skim Penempatan Semula Sungai Asap Belaga.

"Pada jam 11.30 malam semalam, PGO telah menerima panggilan daripada Komander Operasi Bomba di lokasi memaklumkan mayat mangsa telah dijumpai timbul pada jam 9.40 malam oleh penduduk kampung pada jarak lima meter dari lokasi mangsa terjatuh," katanya dalam kenyataan pada pagi Khamis.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke rumah panjang berhampiran sementara menunggu untuk dibawa ke Hospital Nyabau, Bintulu pada Khamis bagi tujuan bedah siasat sebelum diserahkan kembali kepada keluarganya untuk dikebumikan.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat Belaga menerima panggilan tentang kejadian itu pada jam 3.15 petang Selasa dan tempoh perjalanan menggunakan bot dilengkapi enjin sangkut 40 kuasa kuda ke lokasi kejadian adalah kira-kira empat jam. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved