Lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dalam lombong

4 Apr 2023 • 6:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam lombong ketika memancing di Tasik Kiambang, Serendah, Hulu Selangor pada Selasa.. (Gambar hiasan) - Foto123RF

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam lombong ketika memancing di Tasik Kiambang, Serendah, Hulu Selangor dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, penemuan mangsa yang berusia 26 tahun itu dimaklumkan oleh bapanya pada 2.47 petang.

"Setiba di lokasi kejadian, pihak kami mendapati mangsa yang juga lelaki tempatan telah meninggal dunia. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Morni Mamat pula berkata mangsa, yang dilaporkan hilang sejak malam semalam oleh ahli keluarganya, ditemukan di bahagian tepi lombong itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved