Lelaki Ditemukan Mati Dalam Kereta

LocalCars
26 Nov 2024 • 7:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lelaki Ditemukan Mati Dalam Kereta

JERTIH, 26 Nov (Bernama) – Seorang lelaki ditemukan mati dalam sebuah kenderaan di Kampung Tembila, dekat Kampung Raja, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata mangsa berusia lingkungan 30-an ditemukan dalam kereta jenis Mercedes E200 dengan keadaan enjin tidak hidup, tetapi suis kereta berada pada mod ‘start’.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kira-kira pukul 2.15 petang sebelum sembilan anggota dikerah ke lokasi kejadian.

“Pada mulanya kita terima panggilan menyatakan ada mangsa terperangkap dalam kenderaan, tetapi setibanya di lokasi didapati terdapat seorang lelaki dewasa dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu,” katanya ketika dihubungi petang ini.

Muhammad Azrul berkata berdasarkan pemerhatian awal mendapati mayat mangsa telah mengalami fasa pereputan.

Muhammad Azrul Izzham berkata selepas mendapat kebenaran polis, pihaknya kemudian bertindak memecahkan cermin tingkap dan membuka pintu kenderaan tersebut.

“Lokasi kejadian di jalan berpasir dan dipercayai jarang dilalui orang ramai.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved