Lelaki ditemukan maut dalam kereta berkunci di Ipoh

23 Feb 2024 • 10:18 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

IPOH - Seorang lelaki ditemukan maut dalam sebuah kereta yang berkunci di sebuah rumah di Taman Rapat Indah di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh menerima panggilan kecemasan pada 12.20 tengah malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira tujuh minit kemudian.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki terkunci di dalam kenderaan Perodua Myvi. Mangsa dipercayai telah membakar arang di dalam kereta berkenaan.

"Anggota bomba bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas. Mangsa diberi rawatan awal oleh pihak petugas kesihatan yang berada di tempat kejadian namun telah disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 1.13 pagi. - 23 Februari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved