Lelaki ditemukan maut dengan kesan kelar di leher

30 Aug 2022 • 8:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat seorang lelaki dengan kesan kelar di leher ditemukan di kawasan ladang sawit di Felda Kerteh 6, Dungun pada Isnin. - Gambar hiasan

DUNGUN - Mayat seorang lelaki dengan kesan kelar di leher ditemukan di kawasan ladang sawit di Felda Kerteh 6 dekat sini, kira-kira 6.50 petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mayat yang berlumuran darah itu ditemukan dalam keadaan terbaring di ladang oleh saksi yang melalui kawasan berkenaan.

"Saksi iaitu pengurus ladang yang terkejut dan cemas melihat keadaan mangsa yang tidak bergerak terus menghubungi Balai Polis Ketengah Jaya untuk membuat laporan.

"Siasatan awal mendapati kesan kelar pada leher mangsa, namun tiada sebarang kecederaan ditemukan pada bahagian lain,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Baharudin berkata, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa, namun selepas siasatan lanjut mangsa dipercayai warga tempatan berusia 42 tahun.

Katanya polis sedang menjalankan siasatan terperinci membabitkan semua aspek termasuk motif kejadian dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved