Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta

17 Jan 2024 • 6:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis melakukan pemeriksaan di lokasi seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta di hadapan sebuah kedai makan di Wakaf Stan, Kubang Kerian pada Rabu. Gambar ihsan pembaca

KOTA BHARU - Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di hadapan sebuah kedai makan di Wakaf Stan, Kubang Kerian pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, lelaki berkenaan dikatakan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta Honda City.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati, lelaki berusia 48 tahun itu tiba di tempat kejadian untuk bersarapan di kedai tersebut.

"Bagaimanapun, mangsa didapati meninggal dunia dalam kenderaan seorang diri selepas selesai bersarapan di kedai makan berkenaan," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Jelas beliau lagi, siasatan turut mendapati tiada unsur jenayah ke atas mayat mangsa dan pemeriksaan dalam kereta juga tidak menemui sebarang kesan jenayah.

Tambah Rosdi, pemeriksaan dalam kenderaan dinaiki mangsa juga tidak menjumpai barang yang menyalahi undang-undang.

"Mayat dibawa ke Unit Forensik, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu untuk bedah siasat," katanya.

Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Rosdi turut meminta individu yang melihat kejadian tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

"Kita juga mengingatkan orang ramai tiada membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu bagi menghormati privasi keluarga mangsa," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved