
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 37 tahun yang bekerja sendiri dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan diperintah dikenakan 12 kali sebatan rotan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa kerana mengedar 999.9g kanabis, empat tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Amelati Parnell mendapati Mohd Zakhuan Arief Isah bersalah melakukan kesalahan itu jam 11.45 pagi pada 2 September 2020 di Gdex Express (GDEX), Batu 5, Lorong Perindustrian Suria, Kolombong di sini.
Ketika menyampaikan keputusannya, Amelati berkata tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah dan gagal menolak anggapan mengedar.
Zakhuan diperintah menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Pada 4 Oktober 2021, Zakhuan meminta dibicarakan terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu.
Pertuduhan itu membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati jika sabit kesalahan.
Sepuluh saksi pendakwaan memberi keterangan semasa peringkat pendakwaan.
Zakhuan memberi keterangan sebagai saksi tunggal dalam pembelaannya.
Timbalan Pendakwa Raya Kastam, Tengku Najiha Tingku Zahari melakukan pendakwaan manakala Zakhuan diwakili peguam Azhier Farhan Arisin.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
