
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 25 tahun pada Isnin dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan dikenakan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi kerana mengedar 3,448.1 gram syabu empat tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Amelati Parnell dalam menyampaikan keputusannya pada Isnin mendapati Calvin Low Chan Hoe bersalah melakukan kesalahan itu pada 12.05 tengah hari 23 Okt 2019 berhampiran Nationwide Express, HS Commercial Centre, Penampang.
Amelati memerintahkan Low menjalani hukuman itu selama tempoh 30 tahun dari tarikh dia ditangkap pada 23 Okt 2019.
Low, seorang wakil perkhidmatan pelanggan pada 28 April 2021 meminta dibicarakan terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (DDA) 1952.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Pertuduhan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Low diperintahkan membela diri pada 27 Mei tahun ini.
Seorang saksi pembelaan dan enam saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip manakala Low diwakili peguam Goldam Hamid.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
