Lelaki Filipina bebas tuduhan miliki permit masuk palsu 

3 May 2024 • 3:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina berusia 38 tahun yang antara ditahan dalam sindiket pemalsuan permit masuk ke negeri ini tahun lalu, dibebaskan daripada pertuduhan memiliki permit masuk palsu tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim melepas dan membebaskan Gabby Roger, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Gabby.

Gabby yang memegang dokumen IMM13, didakwa memiliki dokumen kemasukan palsu di bawah namanya jam 10.35 malam pada 29 Mac 2023 di sebuah rumah di Kg Sembulan Lama, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 56 (1)(I) Akta Imigresen 1959/63 boleh dihukum di bawah Seksyen 56(1)(aa) Akta sama itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Pihak pendakwaan memanggil lima saksi dalam perbicaraan itu.

Sebelum ini, Gabby didakwa bersama empat lagi warga Filipina kerana memiliki dokumen kemasukan palsu.

Bagaimanapun, keempat-empat mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan dijatuhkan hukuman setimpal.

Timbalan Pendakwa Raya Syarifah Nursyuhada Tuan Mamat dari Jabatan Imigresen mengendalikan pendakwaan manakala Gabby diwakili peguam Goldam Hamid.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article