Lelaki Gagal Ujian Tiga Kali Nekad Bakar Diri

19 Apr 2023 • 8:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Lelaki Gagal Ujian Tiga Kali Nekad Bakar Diri

Seorang lelaki nekad menuang minyak petrol dan membakar dirinya sendiri di stesen minyak Petron di Segamat selepas gagal dalam ujian undang-undang buat kali ketiga.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian yang membabitkan pemuda berusia 24 tahun itu pada sekitar 8 malam, 17 April lalu.

Katanya, mangsa menggunakan pemetik api di petrol pam tersebut selepas menyiram badannya dengan minyak petrol.

“Pemilik premis itu telah berjaya memadamkan api dan menyelamatkan mangsa.

“Namun begitu mangsa kemudiannya berlari ke arah KM 185 Jalan Seremban-Johor Bahru dan cuba membunuh diri sekali lagi dengan cara duduk di tengah jalan itu,” ujarnya dalam kenyataan pada Rabu.

image is not available
Gambar: Tangkap layar video tular

Seorang pemandu lori yang melalui jalan tersebut berjaya menghentikan kenderaannya apabila nampak kelibat mangsa di tengah jalan.

Akan tetapi, sebuah kereta Proton Wira gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar di bahagian belakang lori.

Difahamkan juga, mangsa telah dihantar ke Hospital Daerah Segamat untuk rawatan lanjut.

“Mangsa dalam keadaan melecur hampir seluruh badan telah dihantar ke hospital Segamat menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan.

“Pegawai perubatan mengesahkan sebanyak 70 peratus badan mangsa telah terbakar akibat perbuatan diri sendirinya itu,” ujarnya.

Punca bakar diri

Berdasarkan keterangan awal, punca insiden yang hampir meragut nyawa itu berlaku disebabkan mangsa malu dengan keluarga kerana gagal dalam peperiksaan undang-undang sebanyak tiga kali.

Ujar Ahmad Zamry, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti kesahihan maklumat tersebut.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menyalurkan ke pusat kawalan Daerah Segamat menerusi talian hotline 07-9324222.