Lelaki gelar diri Imam Mahdi, tawar tiket ke syurga

29 Oct 2026 • 8:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki gelar diri Imam Mahdi, tawar tiket ke syurga

JAKARTA – Seorang lelaki di Bangkalan, Pulau Madura disoal siasat selepas mengaku dirinya Imam Mahdi dan menipu pengikutnya dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan palsu membabitkan agama, lapor laman berita Suara. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @masjidpogungdalangan menunjukkan lelaki dikenali sebagai F itu disambut oleh orang ramai. 

Skim penipuan tersebut menyasarkan pengikut-pengikutnya. Dia menawarkan perkhidmatan penebusan dosa, memanjangkan umur serta pembelian tiket ke syurga. 

F turut mengancam bahawa akidah pengikutnya akan terbatal sekiranya mereka enggan membuat bayaran penebusan. 

Seorang mangsa dilaporkan mengalami kerugian mencecah 1.3 bilion rupiah (RM290,898) akibat amalan sesat itu. 

Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti sejauh mana rangkaian penipuan  tersebut beroperasi  dan jumlah wang yang diperoleh F. – AGENSI

The post Lelaki gelar diri Imam Mahdi, tawar tiket ke syurga appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved