Lelaki hilang, alami tekanan jiwa ditemukan

23 Apr 2025 • 4:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

Kota Kinabalu: Lelaki yang mengalami tekanan perasaan dan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Gansurai di sini, isnin lalu, ditemukan selamat.

Luise Endriuqe Seminding, 26, ditemui oleh pasukan penyelamat bersama penduduk kampung jam 10.13 pagi, Selasa pada jarak 2.5 kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud Penolong Penguasa Bomba, Elge Bakuk berkata seramai 12 anggota termasuk satu anggota unit drone terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi SAR hari kedua pada hari ini berjaya menemukan mangsa dalam keadaan selamat dan tanpa sebarang kecederaan serius.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke hospital Kota Belud untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dihubungi.

Elge menambah, BBP Kota Belud menerima panggilan kecemasan dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kota Belud berhubung kehilangan mangsa jam 8.45 malam, Isnin lalu.

“Mengikut maklumat awal, mangsa dilaporkan keluar dari rumahnya kira-kira jam 6 pagi dan dipercayai hilang di kawasan kebun.

“Mangsa juga didakwa mengalami gangguan emosi sejak pulang dari Korea pada 2018,” katanya.

“Operasi SAR turut disertai Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan kira-kira jam 10.25 pagi.