Lelaki hilang di Sungai Dua hari lepas ditemukan lemas

20 Nov 2023 • 9:36 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MUAR: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di sungai semasa menguji bot baharunya di Kampung Olak Jorak, Bukit Pasir di sini dua hari lepas, ditemukan lemas kira-kira pukul 7.37 pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan bahawa mayat Halit Wahot, 36, ditemukan di kawasan berdekatan Jeti Rahman, Belemang, kira-kira lima kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Katanya Sabtu lepas, 34 anggota bomba bergegas ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan lelaki itu pada kira-kira pukul 5.32 petang, dan melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

“Pada pukul 8 malam tadi, operasi pencarian ditangguhkan atas faktor cuaca dan keadaan gelap selain operasi selaman oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air tidak dapat dilakukan berikutan terdapat ancaman buaya,“ katanya dalam kenyataan hari ini. -Bernama