Lelaki hilang dikhuatiri lemas di Empangan Sultan Azlan Shah

27 Feb 2026 • 9:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rakan mangsa berjaya diselamatkan anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian. Foto JBPM

IPOH - Seorang lelaki dikhuatiri lemas dalam kejadian di Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Tambun di sini pada Jumaat.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun pada jam 12.45 tengah malam melibatkan mangsa berusia 32 tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, rakan mangsa berusia 34 tahun berjaya diselamatkan anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian dimaklumkan oleh pihak pengurusan empangan selepas pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat dua lelaki berada di kawasan berkenaan dengan seorang daripadanya tenggelam.

"Seorang mangsa berada di permukaan air dan anggota segera melaksanakan kerja-kerja penyelamatan dengan membaling ‘buoy’ kepada mangsa.

"Mangsa kemudiannya dibawa naik ke pelantar sebelum menggunakan sistem tali untuk dinaikkan ke kawasan atas empangan yang berketinggian kira-kira sembilan meter," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa sedang dilaksanakan dan masih belum ditemui setakat ini.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved