Lelaki hilang perahu karam ditemukan lemas

15 Mar 2026 • 2:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan keluaran operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit digerakkan ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan daripada pihak polis berhubung penemuan mayat itu pada jam 7.06 pagi.

SIBU - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas perahu dinaiki bersama empat lagi rakannya terbalik dan karam di Sungai Rajang, Kapit pada petang Jumaat lepas ditemukan lemas awal pagi Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pasukan keluaran operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit digerakan ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan daripada pihak polis berhubung penemuan mayat itu pada jam 7.06 pagi.

Beliau berkata, orang awam telah memaklumkan penemuan mangsa yang dikenali sebagai Brando Jawi Mamba, 25, dari Rumah Kawin, Nanga Peraran, Sungai Katibas, Song berhampiran jeti terminal bot ke Belaga (hadapan Dataran Kapit) kepada pihak polis.

"Jasad mangsa diangkat ke dalam bot dan dibawa ke Wharf Kubu, seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada jam 8.20 pagi,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam pada 13 Mac lepas, mangsa bersama empat lagi rakannya menaiki perahu kayu dalam perjalanan dari Rumah Bunsi, Kampung Atas Kubu, Jalan Sri Balleh, Kapit menuju ke tempat berlabuh kapal tongkang di jeti berhampiran Jalan Pasar Malam Kapit.

Perahu itu bagaimanapun karam selepas dipukul ombak kuat yang menyaksikan empat orang berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa tidak dijumpai selepas kejadian itu walaupun usaha mencari telah dilakukan. - Bernama

 

 

View Original Article