Lelaki hilang sejak 10 Jun, motosikal ditinggalkan di tepi jalan

16 Jul 2026 • 1:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki hilang sejak 10 Jun, motosikal ditinggalkan di tepi jalan
Shahir dilaporkan hilang sejak 10 Jun lalu.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki tempatan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Persiaran Mayang Pasir 2, Bayan Baru pada awal pagi 10 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai Shahir Zainul, 45, dan kali terakhir dilihat keluar dari rumah kira-kira jam 5 pagi.

Menurutnya, kehilangan Shahir dilaporkan oleh ibunya, Salmah Shamsudin pada 12 Jun sebelum polis mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang.

“Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan dipercayai keluar dari rumah dengan menunggang sebuah motosikal.

“Bagaimanapun, motosikal Yamaha Lagenda berwarna biru bernombor pendaftaran JLD 142 miliknya telah ditemui ditinggalkan di tepi Jalan Lebuh Bukit Jambul sebelum diserahkan semula kepada ahli keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, Shahir tidak bekerja dan beralamat di 1-4-3, Persiaran Mayang Pasir 2, Bayan Baru, Bayan Lepas.

Sehubungan itu tambahnya, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Shahir supaya tampil membantu siasatan.

"Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di talian 04-8662222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya lagi.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved