Lelaki Hilang Selepas Keluar ‘Jogging’ Di Stadium Klang, Keluarga Jumpa Dompet & Telefon Bimbit Atas Jambatan Sungai Klang

14 Aug 2024 • 11:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang lelaki yang juga merupakan abang kepada penyanyi, Aufahanie dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya selepas tidak pulang ke rumah setelah keluar jogging pada jam 7.58 malam tadi.

Hal tersebut dikongsikan beberapa ahli keluarga menerusi hantaran di platfrom X dan Facebook dan lelaki berkenaan dikenali di TikTok kerana sering membuat konten menyanyi.

Assalamualaikum. Saya perlukan bantuan warga Malaysia. Adik ipar saya, Nidza Afham hilang. Lokasi last phone & dompet di temui atas jambatan Sungai Klang. (sebelah jambatan baru). Dia keluar jogging dalam 7.58pm (indrive) ke Stadium Klang.

image is not available

 

Jumpa dompet dan telefon bimbit atas jambatan

Difahamkan, lelaki itu sempat menghabiskan lariannya dan membalas mesej pada jam 9.04 malam. Namun pada 9.13 malam, mesej tidak dibalas semula.

Pada jam 11.53 malam, keluarga dapat menjejaki telefon bimbitnya berada di jambatan namun apabila tiba, hanya handphone tersebut dan dompetnya dijumpai. Keluarga kemudian membuat laporan polis.

Kami dah check phone, tak ada unsur bergaduh atau hutang ahlong. Semua dalam keadaan baik. Adik saya juga telah habiskan lariannya. Moga dapat doakan keselamatan adik saya dan segera ditemui dalam keadaan selamat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

Hampir Setahun Hilang, Rupanya Mayat Tanpa Kepala & Tangan Milik Ustazah Istiqomah