Lelaki hilang selepas keluar memancing ditemukan lemas

14 Nov 2023 • 12:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan - Foto 123RF

IPOH, - Seorang lelaki yang dikhuatiri hilang selepas keluar memancing di tali air berhampiran Jalan Kuala Parit Kampung Pasir Jenderis, Kampung Gajah semalam, ditemukan lemas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat Mohd Asrul Aafendy Shazali, 36, yang mempunyai penyakit sawan, ditemukan orang awam pada jam 10.57 pagi tadi.

"Orang awam menemukan mayat mangsa tersangkut di jambatan pada jarak 2.3 kilometer dari lokasi terakhir mangsa berada,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tersebut disertai 47 orang daripada pelbagai agensi termasuk orang awam, ditamatkan pada 11.20 pagi. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved