
TAWAU: Seorang lelaki rakyat Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas pertuduhan membunuh jirannya, yang juga rakan senegaranya.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Yohanes Kopong Jawan, 31, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum dalam prosiding menerusi Zoom.
Yohanes, yang mengangguk faham pertuduhan, didakwa membunuh Martin Sili, 33, di sebuah rumah di Kg Ranggu Cina, Batu 8, Jalan Apas, di sini antara jam 7.30 petang pada 31 Ogos dan 12 malam pada 1 Sept tahun ini.
Kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Pegawai Pendakwa ASP Nur Intan Jamrin tidak menawarkan jaminan dan meminta tarikh baharu sebutan kes memandangkan laporan bedah siasat masih belum diterima.
Mahkamah menetapkan 16 Okt ini untuk sebutan kes seterusnya.
Sebelum ini, dilaporkan seorang suspek ditahan kurang dari 24 jam selepas polis menerima laporan seorang lelaki di Balai Polis Inanam, Kota Kinabalu yang menyatakan abangnya dibunuh di Kg Ranggu Cina, Tawau.
Mayat mangsa ditemui polis dengan kesan tetakan dipercayai berpunca daripada parang, di kepala dan badan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

