
TAWAU: Seorang lelaki warga Indonesia yang dilaporkan hilang selepas keluar ke laut untuk aktiviti memukat ikan bilis di bagang sekitar perairan Kalumpang sejak petang Isnin lalu, ditemui mati lemas pada pagi Rabu.
Timbalan Pengarah Zon (Operasi), Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Khairun Dalilah binti Baharin berkata, mayat mangsa ditemui di kedudukan 4.5 batu nautika tenggara Kg Inderasabah sekitar jam 9.56 pagi.
Menurutnya, mangsa yang dikenali sebagai Ibnu Hajar Mustamar, 33, dijumpai penduduk setempat sebelum dibawa pasukan CariLamat ke Jeti Awam Kg Inderasabah untuk pengecam dan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more * Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
