Lelaki Indonesia maut kereta dipandu terbabas

LocalCars
8 Nov 2024 • 12:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba melakukan kerja-kerja membantu mengeluarkan mangsa tersepit selepas kereta Proton Persona dipandu terbabas di Jalan Kuala Selangor, Kampung Merbau Indah di sini pada Jumaat.

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas kereta Proton Persona dipandunya terbabas di Jalan Kuala Selangor, Kampung Merbau Indah di sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.02 pagi.

Menurut beliau, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke tempat kejadian.

"Mangsa yang berada di tempat duduk pemandu dalam kenderaan itu tersepit dan mengalami kecederaan di bahagian dada," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Katanya, bomba melakukan kerja-kerja membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," ujar beliau.