Lelaki Indonesia Selamba Kongsi Video Menyorok Dalam Bot, Siap Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia

18 Nov 2025 • 11:48 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Malaysia merupakan antara negara yang menjadi tumpuan ekspatriat serta warga asing terutamanya dari Indonesia, Bangladesh dan Nepal untuk bekerja.

Selain daripada tawaran pekerjaan dengan mata wang yang lebih tinggi, kemudahan-kemudahan lain yang disediakan di negara ini juga menyebabkan mereka selesa menetap di sini.

Pun begitu, tidak dinafikan juga ada sesetengah warga asing yang bekerja secara haram dengan memasuki negara ini melalui ‘laluan tikus’ dan sebagainya, mereka ini digelar Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Tular lelaki Indonesia selamba kongsi video tengah baring dalam bot

Baru-baru ini, tular pula di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki Indonesia berkongsi video dirinya dan beberapa individu lain dipercayai warga senegara yang sedang berbaring di dalam sebuah bot.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok lelaki berkenaan, kelihatan kesemua mereka berbaring di dalam bot sambil ditutupi papan kayu di atasnya.

Jelas, mereka seakan sedang menyembunyikan diri daripada dilihat berada di atas bot berkenaan secara beramai-ramai.

Mungkin balik semula ke Indonesia, siap ucap terima kasih kepada Malaysia

Di ruangan kapsyen, lelaki berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada Malaysia dengan tanda pagar (hashtag) ‘balik kampung’.

Kesemua mereka berkemungkinan mahu menyusup keluar dari Malaysia secara haram dan pulang semula ke Indonesia.

“Tersusun rapi macam ikan masin, terima kasih Malaysia,” tulisnya di kapsyen.

@kiboy2708 Tersusun rapi macam ikan asin terimakasih malaysia #fyp #balikkampung 🫣@CEPEK LIMPOL image is not available ♬ suara asli _00 – BUJANG_RANTAU

Untuk tonton video penuh, tekan di [SINI]

Sindiket penyeludupan iklankan khidmat bawa pulang PATI di media sosial

Sekitar Februari lalu, media melaporkan semakin banyak sindiket penyeludupan manusia secara terbuka mengiklankan khidmat membawa pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Indonesia secara haram melalui media sosial.

Memetik Berita Harian, terdapat beberapa akaun di TikTok dan Facebook yang secara secara terang-terangan mengiklankan khidmat terbabit, dengan puluhan video mengenai ‘operasi’ mereka dimuat naik.

Menerusi video yang dikongsikan, sindiket itu menawarkan khidmat membawa pulang warga Indonesia melalui ‘jalur belakang’ atau laluan tidak sah dengan harga serendah RM1,000.

image is not available

Ramai mahu pihak berkuasa ambil tindakan

Hantaran lelaki terbabit kemudiannya mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna TikTok meminta agar pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia untuk menyiasat serta mengambil tindakan sekiranya benar mereka adalah PATI.

Beberapa pengguna media sosial dipercayai warga negara jiran juga mengecam perbuatan lelaki itu berkongsi rakaman berkenaan.

Tidak kurang juga segelintir warga Indonesia yang mendakwa pernah melalui situasi sama sewaktu datang ke Malaysia untuk bekerja.

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available