Lelaki Ini Jelaskan Kenapa Budak Hilang Ini Ditemui Ketawa Riang Ketika Ditemui

26 Jul 2022 • 6:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini viral di media sosial TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Asrul memaparkan seorang kanak-kanak yang ditemui di dalam semak selepas hilang di kawasan Perumahan D’Sri Gayang, Tuaran, Sabah.

Difahamkan, kanak-kanak bernama Saiful Ihsan Zahari itu tiba-tiba hilang tanpa disedari oleh ahli keluarganya yang terus menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Selepas hampir 4 jam operasi dijalankan, akhirnya kanak-kanak berusia 7 tahun itu berjaya ditemukan dalam keadaan ketawa riang.

Susulan video itu tular, rata-rata netizen telah mendakwa bahawa kanak-kanak itu telah terkena gangguan bunian.

Mungkin dia hilang tu ada yang menjaga dia lepastu ceriakan dia – netizen.

Dia tengah seronok bermain dengan kawan-kawan dekat alam sana tu kena bawak dia berubat sebab jasad dah jumpa tapi roh masih dekat sana.- Tulis seorang pengguna TikTok.

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Amir Nazrin tampil menjelaskan situasi sebenar dan menerangkan bahawa reaksi ketawa yang diberikan itu adalah normal bagi kanak-kanak autism.

Jelasnya, kanak-kanak autism sering menunjukkan reaksi yang tidak sepadan dengan situasi kerana mereka tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku kepada diri mereka.

Dan sangat-sangat common juga mereka tak faham konsep bahaya. Tak tahu takut.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.