Lelaki Ini Kongsi Kisah Sedih Ibu Bapa Ambil Kesempatan Atas Wang Bantuan Anak Sendiri

23 Jan 2023 • 6:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hak anak diambil ibu bapa tidak bertanggungjawab.

Lelaki Ini Kongsi Kisah Sedih Ibu Bapa Ambil Kesempatan Atas Wang Bantuan Anak Sendiri. Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid-murid sekolah sebanyak RM 150 secara one off bagi membantu murid yang memerlukan.

Ramai murid di luar sana yang hanya mampu memakai pakaian sekolah usang atau memakai barangan sekolah pass me down daripada kakak abang sahaja. Dengan adanya bantuan ini, murid-murid yang mempunyai keluarga berpendapatan rendah ini boleh membeli barangan sekolah yang baharu buat diri mereka.

image is not available
Lelaki Ini Kongsi Kisah Sedih Ibu Bapa Ambil Kesempatan Atas Wang Bantuan Anak Sendiri. Kredit gambar:Twitter @Firdausi_Fauzi

Murid ini tak berpeluang pun merasai hak mereka

Namun demikian, seorang lelaki di Twitter ini berkongsi kisah sedih murid-murid yang tidak berpeluang pun mendapat wang bantuan tersebut gara-gara sikap tidak bertanggungjawab kedua ibu bapa sendiri.

Pelbagai kisah sedih yang dikongsikan antaranya adalah kisah di mana ibu bapa murid yang dudah bercerai. Kedua-dua ibu bapa datang nak ambil wang bantuan sehingga menyalahkan pihak sekolah apabila wang tersebut diberikan kepada salah seorang penjaga.

image is not available
Kredit gambar:Twitter @Firdausi_Fauzi

Bapa menipu anak dan abai keluarga tiba-tiba muncul ambil bantuan

Ada juga kisah di mana si bapa tidak mengaku telah mengambil wang bantuan anak sehingga anak terpaksa menghubungi guru. Selepas mendapat bukti dari guru baru si bapa mengaku dah ambil duit bantuam tersebut.

Kisah bapa yang dah bertahun-tahun mengabaikan keluarga kemudian tiba-tiba datang sekolah menuntut wang bantuan kelima-lima anak dan lesap dengan duit tersebut pun ada juga. Bergaduh antara suami isteri kerana dua-dua nak tuntut duit bantuan pun ada juga.

image is not available
Kredit gambar:Twitter @Firdausi_Fauzi

image is not available
Kredit gambar:Twitter @Firdausi_Fauzi

Lama menghilang tiba-tiba tuntuk wang bantuan anak

Lagi sedih dan kejam apabila bapa yang lama dah menghilang tiba-tiba datang menuntut wang tersebut sehingga membuatkan isteri dan anak-anak berputih mata!

Untuk pengetahuan, wang bantuan yang telah diberikan untuk murid yang memerlukan dari tahun 1 hingga tingkatan 5 itu adalah untuk membantu anak-anak muda untuk membeli barangan sekolah demi keselesaan mereka ketika belajar.

Buat ibu bapa yang tidak bertangunggjawab mengambil hak anak-anak di luar sana, ingatlah perkara ini akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada anak-anak anda. Dengan melakukan tindakan seperti itu, anda dalam tidak sedar menunjukkan contoh yang tidak baik di hadapan anak anda.

Ingat, anak-anak muda adalah harapan bangsa pemudi tiang negara!

Lagi cerita menarik untuk anda di sini: