Lelaki Ini Sanggup Beli Luggage Demi Bawa Roti Gardenia Balik Sabah

5 Mar 2024 • 1:15 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Roti Gardenia: Cenderahati Paling Digemari Penduduk Borneo

Lelaki Ini Sanggup Beli Luggage Demi Bawa Roti Gardenia Balik Sabah. Biasanya apabila melawat sesuatu destinasi, orang akan membeli cenderahati seperti keychain atau baju. Namun, bagi penduduk Sabah dan Sarawak di Borneo, mereka lebih tertarik untuk membeli roti Gardenia dari Semenanjung Malaysia.

Baru-baru ini, satu hantaran tular mengenai seorang lelaki dari Sabah bersama rakannya telah mengambil penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan roti Gardenia.

image is not available
Lelaki Ini Sanggup Beli Luggage Demi Bawa Roti Gardenia Balik Sabah. Sumber: TikTok

Gardenia sangat rare dijumpai di Sabah

Menerusi perkongsian lelaki itu di laman TikTok, mereka menempah bilik hotel di Bukit Bintang untuk berehat sebelum menyusuri pelbagai lokasi seperti TRX, SOGO dan Mitsui Outlet.

Sebelum pulang ke KK semula, mereka membeli roti jagung Gardenia yang dikatakan jarang dijumpai atau ‘rare‘ di kampung halaman mereka, menurut sumber.

Lelaki itu memuatkan kesemua roti yang dibeli ke dalam bagasi yang dibeli khas untuk tujuan tersebut. Malah, dia mendedahkan sebab berbuat sedemikian kerana roti itu bukan sahaja tidak dijual di sana malahan kalau ada yang menjual pun tersangatlah mahal.

Netizen teruja lihat kesungguhan lelaki itu membeli roti gardenia

Menjengah ke ruanagn komen, ramai meluahkan keterujaan melihat kesungguhan mereka mendapatkan roti kegemaran dalam sehari.

Walaupun ada yang risau mengenai tarikh luput roti, seorang netizen menjawab roti itu pasti akan habis dengan cepat kerana akan disambar oleh rakan dan keluarga.

Baca juga artikel yang berkaitan: