Lelaki Ini ‘Sound’ Pemandu Bawa Perlahan Di Lorong Kanan Jalan Pan Borneo

12 Jul 2022 • 5:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sekarang memang ramai min tengok pemandu bawa perlahan di lorong kanan ni

Lelaki Ini ‘Sound’ Pemandu Bawa Perlahan Di Lorong Kanan Jalan Pan Borneo. Siapa je tak geram kalau kita nak bawa laju di lorong yang dah disediakan, tetapi ada saja pemandu yang sengaja bawa lambat di lorong kanan. Lagi-lagi di highway, memang cari gaduhimage is not available

Jika memandu lambat bagaikan kura-kura di lorong kanan yang dikhaskan untuk pemanduan laju dan bagi memotong kenderaan, ia bukan saja memberi tekanan serta menyusahkan pemandu lain, malah boleh mengundang bahaya.

image is not available
Lelaki Ini ‘Sound’ Pemandu Bawa Perlahan Di Lorong Kanan Jalan Pan Borneo. Tangkapan layar Tiktok @emmbrother88

Kalau nak bawa perlahan gunalah lorong kiri

Satu perkongsian video di Tiktok milik akaun @emmbrother88, di mana individu tersebut ‘sound’ pemandu yang sering menggunakan lorong kanan di jalan highway di Sarawak iaitu Pan Borneo.

Super highway bak kata (arwah) Tok Nan, kau bawa sebelah kanan, bawa 60 (km sejam) sahaja memang nak m*mpus”

Perkongsian video berdurasi 1 minit 32 saat ini meraih 121.5K kali tontonan dan telah mendapat sebanyak 613 kongsian di Tiktok dan 1.5K tanda suka di FB. Tonton video di bawah:

image is not available
Lelaki Ini ‘Sound’ Pemandu Bawa Perlahan Di Lorong Kanan Jalan Pan Borneo

Eii bahaya betul

Pernah dengar peribahasa ‘biar lambat, asal selamat’? Peribahasa ini sememangnya digunakan di jalan raya, akan tetapi penggunaanya juga perlulah bertempat.

Memandu perlahan pada kelajuan 60km sejam di laluan kanan sedangkan had laju yang dibenarkan adalah 90km sejam bukan sahaja menyusahkan pengguna lain, malah boleh menyebabkan kesesakan selain mengundang risiko kemalangan jalan raya.

image is not available
Lelaki Ini ‘Sound’ Pemandu Bawa Perlahan Di Lorong Kanan Jalan Pan Borneo. Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: Vitdaily

Ketahui kesalahan jalan raya membawa perlahan di lorong kanan

Tahukah anda? Terdapat undang-undang di Malaysia bahawa membawa perlahan di lorong kanan merupakan satu kesalahan jalan raya dan boleh disaman sehingga RM300. Terdapat 2 undang-undang:

  1. Kaedah 4, Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 – Kesalahan pandu perlahan di sebelah kanan jalan (Kenderaan >250 cc Persendirian) anda boleh disaman sehingga RM300.
  2. Kaedah 4, Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 – Kesalahan pandu perlahan di sebelah kanan jalan (Motorsikal <250 cc Persendirian) anda boleh disaman sehingga RM250.

Jika anda berpandangan bahawa memandu dengan perlahan di lorong kanan tidak merupakan kesalahan trafik, sila fikirkan semula.

image is not available
Lelaki Ini ‘Sound’ Pemandu Bawa Perlahan Di Lorong Kanan Jalan Pan Borneo

Tahukah anda? terdapat satu aplikasi di mana anda boleh melaporkan dan memuat naik foto dan video kesalahan trafik yang berlaku di sekitar mereka. Baca selanjutnya di pautan di bawah: