Lelaki Ini Tolong Bayar Tunggakan Sewa Elak Gerai Nasi Lemak Kegemaran Ditutup

20 Dec 2023 • 7:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Di Facebook, tular satu perkongsian seorang lelaki Cina menyelamatkan kedai nasi lemak kegemarannya daripada ditutup.

Difahamkan, operasi kedai itu diarah tutup selepas peniaga gagal membayar tunggakan sewa selama setahun.

image is not available

Mendengar berita sedih itu, lelaki dikenali sebagai Sunny Coco memberikan sejumlah wang dan meminta peniaga bayar tunggakan segera.

Difahamkan, kedai nasi lemak ini istimewa di hati Sunny kerana dia makan di situ dari usia 7 tahun. Perniagaan itu juga adalah turun temurun daripada datuk sehinggalah 3 generasi seterusnya.

image is not available

Jadi sayang lah kalau tiba-tiba tutup macam tu je. Sunny berkata, perniagaan nasi lemak yang terletak di Kulai itu mula merosot selepas bas tak lagi berhenti di situ.

Sejak dari itu, pelanggan mula berkurang dan peniaga tak mampu membayar sewa. Dalam perkongsian itu, Sunny juga mempersoalkan peranan kerajaan tak membantu sedangkan dia lelaki Cina sanggup menolong tanpa mengira kaum.

Difahamkan, isu ini telah selesai selepas peniaga dibenarkan untuk terus beroperasi.

Kredit: Facebook Sunny Coco

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.