Lelaki jatuh bot ditemukan terapung

1 Apr 2024 • 8:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Operasi SAR mangsa di perairan Pulau Tanjung Batu, Sandakan.

SANDAKAN - Lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot ditemukan meninggal dunia di perairan Pulau Tanjung Batu di sini pada Isnin.

Mayat Simran Asarap, 23, ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan terapung di laut.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dimulakan sebaik menerima laporan berhubung kehilangan mangsa.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan melakukan SAR sebelum dimaklumkan penemuan mangsa pada jam 3.34 petang.

"Mangsa ditemukan oleh orang awam sejauh satu kilometer dari dia dilaporkan hilang dan mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak polis," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya lagi, mayat kemudian dibawa ke rumah ahli keluarga untuk tindakan selanjutnya.

"Susulan penemuan mayat mangsa, operasi ditamatkan pada jam 4.40 petang," katanya.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan mangsa terjatuh dari bot selepas bot yang dinaikinya bertembung dengan bot lain di perairan tersebut.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved