Lelaki Jepun dibebaskan selepas 56 tahun dipenjara secara salah, tanpa pampasan

WorldPolitics
29 Sep 2024 • 11:00 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Iwao Hakamada, bekas peninju berusia 88 tahun, telah dibebaskan oleh Mahkamah Shizouka, Jepun, setelah hampir enam dekad menjalani hukuman penjara.

Hakamada yang dijatuhkan hukuman mati pada tahun 1968 atas pertuduhan membunuh majikan dengan isteri dan dua anak mereka, akhirnya diberi peluang untuk dibicarakan semula, setelah timbul kecurigaan terhadap bukti yang digunakan dalam kesnya, dipercayai palsu.

Dalam kes ini, meskipun telah dijatuhkan hukuman mati, tetapi Hakamada perlu melalui proses rayuan yang boleh memerlukan masa bertahun-tahun. Dalam masa sama, Hakamada ditahan di penjara terlebih dahulu.

Kes Hakamada ini menarik perhatian ramai kerana dia dipenjarakan terlalu lama dan ada dakwaan mengatakan dia telah dipaksa untuk mengaku bersalah, serta bukti pertuduhan terhadapnya direkayasa.

Pada tahun 2014, Hakamada dibebaskan dari penjara selepas mahkamah mengambil keputusan untuk mengadakan perbicaraan semula. Namun, kesihatannya telah merosot akibat tempoh hukuman yang terlalu lama di penjara di mana dia kebanyakan masa dikurung bersendirian.

26 September lalu, mahkamah akhirnya memutuskan Hakamada tidak bersalah dan pembebasannya disambut dengan sorakan ‘banza’ dari para penyokongnya di luar mahkamah.

Kakaknya, Hideko, 91, yang telah berjuang sejak berpuluh tahun untuk membersihkan nama Hakamada mengakui sangat terharu dengan keputusan itu. – Agensi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved