Lelaki Jepun dipuji ramai tak berhenti nyatakan solidariti buat Palestin di depan premis yang diboikot, sejak dua bulan lalu

4 Feb 2024 • 2:02 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Tidak seperti yang berlaku diawal konflik sebelum ini, demonstrasi tanda solidariti terhadap Palestin kini dilihat semakin sepi. Ramai yang menjangkakan masyarakat dunia seolah sudah mula melupakan kekejaman yang telah dilakukan oleh pihak zionis.

Bukan itu sahaja, kempen boikot terhadap produk yang menyumbang kepada kekejaman dalam konflik tersebut juga dilihat perlahan.

Namun begitu, usaha seorang lelaki di negara Jepun dipuji ramai kerana tidak berhenti menyatakan solidariti terhadap penduduk Gaza.

Menerusi satu perkongsian di jaringan X, lelaki tersebut dilihat mengangkat satu kad yang bertulis ‘Gencatan Senjata Gaza’ di hadapan restoran rangkaian makanan segera terkenal dan beberapa tempat yang dikunjungi ramai.

“Setiap masa dan ketika dia seorang diri sejak dua bulan lalu menyatakan solidariti terhadap Palestin. Ini adalah kemanusiaan,” tulisnya.

Dalam hantaran di Instagram lelaki ini, kelihatan beberapa gambar dan video yang merakamkan dia memakai baju berwarna hitam dan memakai topeng muka serta memegang kad solidariti Palestin di hadapan restoran-restoran dan butik terkenal yang tersenarai untuk diboikot.