Lelaki kantoi menyamar penolong pegawai perubatan

LocalPolitics
21 Apr 2025 • 8:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai menyamar sebagai penolong pegawai perubatan di sebuah hospital di Kangar.

KANGAR - Polis mengesahkan menerima laporan kejadian seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai menyamar sebagai penolong pegawai perubatan di sebuah hospital di sini, yang video memaparkan lelaki itu lengkap beruniform seperti petugas kesihatan itu tular melalui platform TikTok pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihak polis menerima laporan mengenai penyamaran lelaki itu pada 9 April dan kini polis sedang menyiasat kes itu secara terperinci mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

"Untuk makluman awal pihak polis ada terima laporan. Siasatan sedang dijalankan pihak polis,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada pemberita pada Isnin.

Semakan Bernama setakat berita ini ditulis mendapati video itu telah pun dipadam menerusi akaun TikTok berkenaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved