Lelaki Kena Langgar Jetski Di Sungai Melaka, PPSPM Perjelas Hanya Penggambaran Filem [Video]

LocalMovie
28 Nov 2025 • 10:07 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Semalam (27 November), tular di media sosial insiden melibatkan seorang lelaki dirempuh sebuah jetski di Sungai Melaka.

Menerusi video tular, kelihatan dua buah jetski dipandu oleh dua orang lelaki sebelum berlanggar antara satu sama lain hingga menyebabkan salah seorang pemandu jetski berkenaan jatuh ke dalam air.

Kejadian itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri hingga dia terpaksa dibantu oleh individu lain yang membawanya naik serta dibaringkan di kawasan tebing berhampiran.

Hantaran itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mengecam serta mempersoalkan tindakan mereka bermain jetski di Sungai Melaka.

Insiden Lelaki Dirempuh Jetski Di Sungai Melaka Hanyalah Sebahagian Penggambaran Filem

Terbaharu, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) tampil memberi penjelasan berhubung kemalangan tersebut.

Menerusi satu hantaran di Facebook, PPSPM menjelaskan insiden itu hanyalah merupakan sebahagian daripada penggambaran produksi filem yang diadakan bermula 26 hingga 28 November 2025.

Jelas PPSPM, adegan tersebut telah dirancang lebih awal melibatkan pelakon serta krew penggambaran terlibat.

Babak Filem Dijalankan Mengikut Prosedur Keselamatan Yang Ditetapkan

Malah, ia juga dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan.

“Pihak produksi turut berada di bawah pemantauan dan kerjasama agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan.

“Bagi memastikan tahap keselamatan optimum, pasukan perubatan, petugas kesihatan serta ambulans berada di lokasi sepanjang penggambaran dengan kesiapsiagaan penuh sekiranya berlaku kecederaan atau kecemasan,” jelas mereka.

Mohon Orang Ramai Tidak Buat Tafsiran Salah

Pada masa yang sama, PPSPM turut meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat tafsiran yang salah atau menyebarkan maklumat yang tidak tepat bagi mengelakkan kekeliruan atau kegusaran awam.

“PPSPM komited untuk memastikan semua aktiviti penggambaran yang dijalankan di Sungai Melaka mematuhi piawaian keselamatan serta peraturan pihak berkuasa demi menjaga imej, kelestarian dan keselamatan kawasan pelancongan warisan negeri,” terang mereka lagi.

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐓𝐔𝐋𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟐𝟕 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑…

Posted by Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka – PPSPM on Thursday 27 November 2025

Mangsa Berada Dalam Keadaan Selamat

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christoper Patit menjelaskan hasil siasatan awal mendapati aksi tersebut merupakan sebahagian daripada rakaman filem.

Namun, telah berlaku kemalangan sebenar terhadap pelakon yang terlibat seperti yang dipaparkan dalam video tular tersebut.

Walau bagaimanapun, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan stabil.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Buang T-shirt Dalam Sungai Melaka, Pereka Pakaian ‘Streetwear’ Kena Kompaun

Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Lintas Jalan Melulu Tepuk Muka Rider Selepas Nyaris Dilanggar [Video]

View Original Article