
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semakin hari, masyarakat semakin menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi kini sebagai contoh AI (kecerdasan buatan).
Sebagai contoh, kalau dahulu kita akan mengatur jadual rutin secara manual menerusi catatan di jurnal atau telefon. Tetapi sekarang anda boleh meminta bantuan AI untuk menyediakan jadual berkenaan.
Seperti sebelum ini, seorang lelaki telah menggunakan bantuan ChatGPT bagi menjana menu berbuka puasa bagi sebulan tempoh berpuasa di bulan Ramadan. Untuk memudahkan lagi si isteri untuk memasak, lelaki berkenaan juga membuat senarai jenis pes yang diperlukan bagi setiap lauk.
Baca Artikel Berkaitan: “Bijak Guna ChatGPT” – Wanita Terkejut Suami Dah Siapkan Menu Berbuka Untuk Sebulan Ramadan
Lelaki Kongsi 8 Arahan Untuk Dapatkan Info Dengan Lebih Mudah Di ChatGPT
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Afiq berkongsi cara-cara menggunakan kemudahan di aplikasi ChatGPT dengan lebih bijak.
Kebiasaannya, orang akan mengarah ChatGPT dengan menggunakan ayat seperti:
- “Buat ayat…”
- “Bagi idea…”
- “Terangkan sikit…”
Sebenarnya banyak lagi arahan rahsia yang anda boleh gunakan bagi mendapatkan info lebih terperinci tentang sesuatu topik. Jangan lupa take note okay? Antaranya:
#1. “Bertindak Sebagai…”
Ayat “bertindak sebagai…” di permulaan ayat seolah-olah meminta ChatGPT memberi info dari sudut serta perspektif seseorang dari bidang info yang ditanya.
Contoh ayat, “Bertindak sebagai pakar marketing brand mewah. Buat strategi promosi produk.”

#2. “Pecahkan Ayat Mengikut Tahap”
Seterusnya adalah arahan ayat seperti, “Pecahkan ayat mengikut tiga tahap ini iaitu beginner, intermediate, dan expert.”
Jawapan yang diterima selepas memberi arahan tersebut akan dikategorikan mengikut tiga tahap berkenaan.
Arahan ini juga dikatakan sesuai buat mereka mahu membuat konten atau mengajar seseorang. Misalnya, cikgu tuisyen yang mahu mengajar anak muridnya.

#3. “Tulis Ikut Gaya…”
“Tulis ikut gaya (nama penulis, blog atau buku)…” akan memberikan anda input dan maklumat tentang gaya serta format penulisan seseorang yang mahu dirujuk.
Buat anda yang tidak tahu, ChatGPT boleh meniru gaya penulisan kalau diberikan contoh. Sesuai untuk penghasilan konten, penceritaan, dan pemasaran.

#4. “Jadikan Ni Panduan Langkah Demi Langkah + Checklist”
Sesuai buat anda yang pening kepala untuk mengeluarkan input penting dari satu teks yang panjang. Dengan ayat, “Jadikan ni panduan langkah demi langkah + checklist,” anda akan mendapat ringkasan jawapan dalam bentuk pointers.
Kebaikannya adalah topik yang pada awalnya susah menjadi senang difahami. Ia juga sesuai diikuti misalnya untuk buat infografik tentang SOP (Prosedur Operasi Standard) atau tutorial.
Berikut adalah contoh pointers yang anda boleh jangkakan:

#5. “Tanya Saya 5 Soalan Sebelum Jawab”
Sama seperti orang lain, anda perlu memberikan mesej yang jelas terlebih dahulu sebelum mendapatkan sebarang info.
“Tanya saya lima soalan sebelum jawab.” Ayat ini membantu ChatGPT memahami permintaan anda.
“ChatGPT akan faham betul-betul dulu sebelum sembur jawapan. Sesuai kalau nak idea yang tepat, bukan cincai,” kata Afiq.

#6. “Bagi Saya 3 Idea Pelik Yang Orang Tak Jangka.”
Kadangkala, orang akan beralih dan meminta bantuan ChatGPT apabila sudah kekeringan idea. Kalau mahukan idea baru dan luar daripada kotak, anda perlu memberi arahan, “Bagi saya tiga idea pelik yang orang tak jangka.”
Ayat tersebut juga adalah bagus untuk sesi perbincangan idea (brainstorm).

#7. “Tolong Baiki Ayat Ini Ikut 3 Perkara: Struktur, Gaya, Nada.”
Buat mereka yang memerlukan bantuan untuk penulisan atau esei, anda perlu memberi arahan seperti, “Tolong baiki ayat ini ikut tiga perkara: struktur, gaya, nada.”
Sesuai juga bagi mereka yang mahu berjinak-jinak menceburi bidang penulisan atau copywriting. Nak buat ayat untuk caption media sosial perniagaan juga senang.

#8. “Bandingkan Kebaikan & Keburukan Pilihan Ni. Bagi Tahu Mana Paling Best.”
Ayat, “Bandingkan kebaikan dan keburukan pilihan ni, bagi tahu mana paling best,” wajar digunakan jika anda tidak tahu keputusan yang tepat bagi sesuatu perkara.
Sebagai contoh anda berada dalam dilema untuk pilih yang mana satu akibat pros and cons.
Jelas Afiq, ia turut membantu anda untuk buat keputusan dengan cepat dan yakin serta tidak perlu pening kepala. Dalam erti kata mudah, pandangan dari pihak kedua.

Tips Extra:
Kalau jawapan yang diberikan ChatGPT masih belum memuaskan, ini apa anda perlu buat:
- Suruh ChatGPT jawab dahulu soalan
- Selepas itu beri arahan, “Kritik balik jawapan ni.”
- Akhir sekali, “Sekarang tulis semula jawapan mengikut kritik tadi.”
Baca Artikel Berkaitan: Nak Jadi Lebih Produktif? Ini 7 Aplikasi Yang Boleh Bantu Anda
Baca Artikel Berkaitan: “Tutup Mata Je Guna ChatGPT” – Pelajar Dikecam Perlekeh Pensyarah Beri Banyak Assignment
Source:



![Cikgu Disiplin Siap Sediakan Snek, Stokin & Makanan Untuk Santuni Pelajar Raih Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)