
Hairan mana datang bau busuk, rupa-rupanya…
Lelaki Kongsi Hidu Bau Tidak Enak, Rupa-Rupanya Ada ‘Penumpang‘ Belakang Kereta Di Kuching. Sebuah kejadian yang mengejutkan berlaku semasa perjalanan balik raya ke enam di Banjaran Serapi apabila seorang lelaki menghidu bau yang tidak enak dalam keretanya.
Rupa-rupanya, terdapat ‘penumpang‘ yang tidak dijemput yang duduk di belakang kereta tersebut.

Lagu yang dipasang mula terdengar seperti radio rosak, kereta berat, bau busuk pun makin kuat
Menurut lelaki tersebut dalam kongsiannya di laman Facebook, dia sedang menikmati perjalanan balik raya sambil mendengar lagu menggunakan bluetooth apabila dia terasa bau yang tidak enak.
Dia merasakan kereta tersebut semakin berat dan terus menghidu bau yang semakin teruk.
Apabila dia berhenti di destinasi, dia terkejut apabila terdapat kotoran seperti pasir di tempat duduk belakang. Lelaki tersebut mengaku terkejut dan tidak menyangka ada ‘sesuatu’ yang menumpang di belakang keretanya.

Tragedi balik raya ke enam, bluetooth lagu stuck2 kereta rasa berat bau buruk dalam perjalanan balik ke Banjaran Serapi…sekali tengok yahhh ‘mereka’ tumpang dari balik beraya”
tulis lelaki tersebut dalam statusnya di media sosial.
Kejadian ini menjadi perhatian ramai di media sosial. Rata-rata netizen turut naik seram melihat kongsian lelaki itu. Terdapat juga ramai yang menyangka berkemungkinan yang menumpang lelaki tersebut adalah hantu ‘gula-gula’.

Haa..korang hati-hati ya kalau tengah sorang-sorang dalam perjalanan tengah malam. Kena baca doa, pasang surah kursi Risau pulak ada yang ikut tumpang balik nanti.

