Lelaki Kongsi Purata Gaji Pekerja Asing Di Malaysia Undang Pelbagai Reaksi

LocalBusiness & Finance
28 Oct 2024 • 11:13 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lelaki Kongsi Purata Gaji Pekerja Asing Di Malaysia Undang Pelbagai Reaksi

Tidak dapat dinafikan, Malaysia adalah ‘lubuk’ rezeki buat pekerja asing, terutamanya dari Bangladesh dan Indonesia.

Dalam sektor buruh, khususnya, pekerja asing dilihat mendominasi dan jumlah mereka kadang-kala mengatasi pekerja tempatan.

Dengan perkembangan ekonomi dan peluang kerja yang lebih terbuka, ramai warga tempatan kini lebih cenderung memilih kerjaya profesional yang dianggap lebih ‘menjamin’.

Namun, satu perkongsian oleh pengguna TikTok, @razaliabduljalil, mengejutkan ramai apabila dia memaparkan purata gaji pekerja asing.

Video ringkas itu menunjukkan beberapa sampul coklat dipercayai berisi gaji yang bakal diterima oleh pekerja asing sesebuah syarikat.

Pada bahagian luar sampul, jelas tertera jumlah gaji yang mencecah antara RM2,600 hingga RM3,500 sebulan.

@razaliabduljalil

Sekarang pmx mum gaji minimum rm1700 Sokong atau tak #gaji #bangla #projek #gajiminima

♬ suono originale – MusicSuperStore

 

Perkongsian itu pantas menarik perhatian pengguna media sosial, menimbulkan pelbagai reaksi.

Di ruangan komen, ramai yang terkejut dengan pendapatan pekerja asing yang cukup lumayan itu.

Bagaimanapun, ada juga komen yang menghargai kesungguhan mereka yang gigih mencari rezeki di ‘perantauan’.

“Mereka makan bercatu, kerja seolah-olah tiada hari esok. Duit semua hantar ke kampung,”

“Mereka kerja 12 hingga 15 jam sehari, kadang cuti cuma dua minggu sekali. Bukan senang nak dapat gaji begitu,”

Selain itu, terdapat juga pengguna media sosial yang menyuarakan pandangan berhubung gaji tinggi yang diterima pekerja asing.

Kongsi pengguna media sosial terbabit, masyarakat tidak sepatutnya menghakimi pendapatan mereka.

“Saya uruskan gaji pekerja, memang gaji besar, tapi mereka kerja 12 hingga 15 jam sehari di tapak pembinaan.

“Nak dapat RM3,000 sebulan, mereka kerja separuh nyawa, tanpa faedah seperti KWSP dan cukai. Itu belum kira kos permit dan pembaharuan pasport yang tinggi”

“Bayangkan jika keluarga kita bekerja di luar negara, jarang berjumpa keluarga, tapi gaji yang dihantar dipersoalkan pula. Rezeki manusia memang berbeza,” jelasnya.

Sumber: TikTok @razaliabduljalil