Lelaki Kreatif Hasilkan Busana Dari Logo Parti-Parti Politik Raih Perhatian Ramai [Video]

Politics
16 Nov 2022 • 6:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
reka fesyen guna bendera politik

Pejam celik tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menunaikan tanggungjawab untuk mengundi bagi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Malah kita juga dapat melihat kesungguhan calon dari parti-parti politik yang sibuk berkempen untuk memenangi hati rakyat.

Bukan itu sahaja, kita juga dapat melihat masyarakat turut tidak ketinggalan untuk menceriakan suasana apabila tampil dengan pelbagai idea yang kreatif

Tular video individu sedang memperagakan busana dari bendera parti parti politik

Baru-baru ini, tular satu video dikongsikan oleh Wafieyneedu yang juga pereka fesyen sedang memperagakan busana direkanya dari bendera parti politik.

Menerusi video tersebut, kelihatan Wafieyneedu memakai busana dari bendera Barisan Nasional (BN) sambil berjalan di satu kawasan dengan mengibaskan kainnya.

Malah apa yang lebih menarik busana tersebut turut dilengkapi dengan perhiasan di atas kepala seperti turban.

Turut memperagakan baju dari bendera PKR dan PAS

Dalam beberapa video lain yang dimuat naik, individu tersebut turut menunjukkan hasil lukisan busana berkenaan sebelum ia dijadikan sebagai busana untuk diperagakan.

Selain BN, dia juga turut menghasilkan busana dari bendera lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Se-Malaysia (PAS).

Perkongsian itu ternyata mencuri tumpuan dan membuatkan ramai terhibur dengan kreativiti yang ditonjolkan. Tidak kurang juga yang memuji rekaan busana tersebut yang kelihatan cantik.

‘Habislah pakat cuba fesyen ni lepas ni’

image is not available

‘Kemain cantik lagi’

image is not available

‘Cantik betul patut lah baju cantik-cantik orangnya kreatif’

image is not available