Lelaki kurang siuman maut dipukul pelajar

30 Jan 2023 • 8:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki kurang siuman maut dipercayai dipukul oleh sekumpulan pelajar di sebuah masjid di Pulau Melaka, Kota Bharu pada Ahad.

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki kurang siuman maut dipercayai dipukul oleh sekumpulan pelajar di sebuah masjid di Pulau Melaka, di sini pada Ahad.

Ekoran kejadian tersebut, seramai 15 pelajar ditahan bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, tiga darinya telah dihantar pulang.

Seorang tenaga pengajar yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan mengamuk dan membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.

"Semasa kejadian saya tiada, namun dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

"Pada masa sama, lelaki itu telah bertindak memukul seorang tukang masak wanita berusia 60-an yang kebetulan melalui kawasan kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Menurut dia, pengawal keselamatan kemudian cuba menangkap lelaki tersebut yang ketika itu sedang mengamuk dan melawan.

Ujarnya, pelajar turut sama membantu menangkap lelaki tidak siuman itu.

Dia memberitahu, selepas berjaya diberkas, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada warden untuk diserahkan kepada pihak polis.

"Semasa mereka hendak serahkan kepada pihak berkenaan lelaki tersebut berada dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved