Lelaki mabuk ditahan cuba rampas senjata polis

19 May 2024 • 12:10 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan selepas dikatakan cuba merampas senjata daripada anggota sentri di sebuah balai polis di Pulau Pinang, malam tadi.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam apabila suspek yang berusia 35 tahun masuk ke balai berkenaan.

Katanya, suspek dipercayai dalam keadaan mabuk dan cuba merampas senjata itu.

“Bukannya ada rampasan (senjata) berlaku pun, suspek mabuk.

“Suspek sudah ditahan dan soal siasat serta proses siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Scoop hari ini.

Difahamkan, suspek mengalami kecederaan kecil semasa proses tangkapan dibuat.

Suspek sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil. – 19 Mei, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved