Lelaki mabuk serang jiran dengan senjata tajam diberkas

15 Jul 2026 • 7:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki mabuk serang jiran dengan senjata tajam diberkas
Seorang lelaki yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk ditahan polis kerana menyerang dua jirannya menggunakan senjata tajam di Kampung Baru Kundang, Rawang pada Sabtu. - Gambar hiasan

GOMBAK - Seorang lelaki yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk ditahan polis kerana menyerang dua jirannya menggunakan senjata tajam di Kampung Baru Kundang, Rawang pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam apabila suspek meluru masuk ke kawasan hadapan rumah jirannya sebelum membuat kekecohan.

"Suspek bertindak menyerang ahli keluarga pengadu menggunakan objek tajam sehingga menyebabkan dua mangsa mengalami kecederaan.

"Kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ibrahim berkata, susulan maklumat dan risikan yang dijalankan, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berjaya menahan suspek kira-kira jam 12 tengah hari pada Rabu.

"Kita turut merampas beberapa barang kes yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.

"Suspek kini ditahan dan permohonan reman akan dibuat bagi membantu siasatan lanjut," katanya.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 447 kanun yang sama.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Amirul Ashyraf Abu Hassan di talian 019-3491233 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved