Lelaki Mabuk Tumbuk Staf 7 Eleven, Lepas ‘Settle’ Ajak Selfie Sekali – “Cari Bangs*t Ni Sampai Jumpa!”

21 Jun 2023 • 12:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki menyerang dan mencederakan pekerja sebuah kedai serbaneka, 7 Elevem malam tadi.

Kejadian itu berlaku di premis di Bandar Rinching, Kajang dan mangsa berusia 17 tahun merupakan pekerja sambilan selepas tamat SPM.

Menerusi rakaman itu, dua individu terbabit dirakam menumbuk dan menendang muka mangsa yang terjatuh ke atas lantai.

Kata bapa mangsa, ketika kejadian itu berlaku dua lelaki tersebut dalam keadaan mabuk dan masuk ke dalam premis sebelum cuba mengambil payung.

Anak saya menegurnya namun kemudian ditumbuk salah seorang lelaki terbabit. Apa yang menjengkelkan adalah tindakan lelaki terbabit yang mengambil swafoto anak saya selepas ditumbuk.”

Mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan akibat kecederaan di bahagian muka. Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Kajang.

Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata pihak polis ini sedang mengesan suspek untuk tindakan lanjut.

image is not available 4 hari lalu

'Rider' Lawan Arus Di SUKE Dah Dijumpai! Rupanya Cedera Parah, Ada Yang Persoal - "Maknanya Dia Tahu Mangsa Tercampak"