Lelaki maut 4WD bertembung lori

LocalCars
2 Jul 2023 • 12:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Seorang pemandu berusia 36 tahun maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) dinaikinya bertembung dengan dua lori di sepanjang Km10 Jalan Lahad Datu-Sandakan, di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah, ACP Rohan Shah Ahmad berkata, kejadian jam 11.30 pagi itu berlaku apabila pemandu 4WD dari Lahad Datu yang menuju ke Sandakan cuba memotong sebuah kenderaan, namun bertembung dengan lori tangki dari arah bertentangan.

“Siasatan awal mendapati pemandu 4WD itu cuba memotong sebuah kenderaan dan masuk ke lorong bertentangan.

“Mangsa bagaimanapun gagal kembali ke lorongnya dan bertembung dengan lori tangki itu,” katanya.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Menurut Rohan, kedua-dua pemandu itu tidak disyaki berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol, namun sampel darah telah diambil untuk ujian.

Rohan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mereka yang menyaksikan kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Siasatan Trafik, Inspektor Mohamad Humaidi di talian 089-881255 (sambungan 414) bagi membantu siasatan.

Beliau turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.