Lelaki maut 4WD terbabas sendiri

19 Jun 2026 • 4:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki maut 4WD terbabas sendiri

TAMBUNAN: Seorang lelaki berusia 51 tahun maut selepas pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux yang dipandunya terbabas dalam kemalangan di Jalan Dabata, di sini, Rabu lepas.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.53 malam melalui talian balai.

Susulan itu, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I David Wong dikejarkan ke lokasi kira-kira tiga kilometer dari balai bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Pasukan tiba di lokasi pada jam 10.55 malam dan mendapati kenderaan mangsa terbabas ke bahu jalan, manakala pemandunya tersepit di dalam kenderaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan khas penyelamat.

Mangsa, yang dikenal pasti sebagai Betus Yussof, bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akibat kecederaan parah.

Mayat kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.

Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 12.10 tengah malam sebelum ditamatkan seminit kemudian selepas pihak bomba memastikan tiada lagi risiko bahaya di lokasi kejadian.