Lelaki Maut Berhampiran R&R Sungai Buloh

LocalCars
16 Sep 2025 • 6:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu melanggar tiang lampu jalan berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Jejantas Sungai Buloh, arah utara, pagi tadi.

image is not available

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh berkata pihaknya mendapati sebuah kereta jenis Proton Satria GTI terbabas dan melanggar tiang lampu, menyebabkan pemandu tersepit di dalam kenderaan.

“Pasukan penyelamat memasang stabilizer pada kenderaan sebelum menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa.

image is not available

“Namun, mangsa yang berusia 39 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian,” katanya.

Sehubungan itu, pihak bomba turut menasihatkan orang awam agar lebih berwaspada di jalan raya, mematuhi had laju dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved